Kampung Nuntunan, Keningau
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
KNP Icon

TAGAL KG.NUNTUNAN
dengan kerjasama JABATAN PERIKANAN SABAH


Anda warga Kg.Nuntunan? Perlu login utk melihat semua topik...

Who is online?
In total there are 7 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 7 Guests

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 311 on Wed Oct 23, 2024 10:26 am
Latest topics
» Bomoh yang ada di Kg. Nuntunan. Siapa dia?
by sayabaikorangnya Mon Sep 10, 2018 8:44 pm

» Yang pertama...
by Prisca Thu Sep 24, 2015 10:40 pm

» FIFA 2014
by edy Thu Jul 24, 2014 2:08 pm

» kaamatan 2013?
by Admin Thu Apr 17, 2014 6:53 pm

» Penduduk kg semakin maju
by Admin Tue Apr 15, 2014 9:34 pm

» KEM KESIHATAN UNTUK WARGA KG.NUNTUNAN
by sabtu Sat Apr 12, 2014 7:10 pm

» Barisan AJK JKKK Kg.Nuntunan 2014
by Admin Sat Apr 12, 2014 6:38 pm

» Senarai Koleksi Lagu (lirik)
by Admin Sun Mar 30, 2014 10:59 pm

» JOY Music Centre -Keningau
by edy Fri Feb 07, 2014 4:09 pm

» Aktiviti "org kita" di luar negeri / luar kg nuntunan
by edy Tue Jan 21, 2014 6:15 pm

» Pelawat '3rd tRAINING PROGRAM' -15okt2013
by Admin Mon Dec 09, 2013 5:28 pm

» Tahniah... ClarineSisca Clare Japrin (25sept2013)
by Admin Mon Dec 02, 2013 11:18 am

» Barking at the moon
by Admin Sat Nov 23, 2013 7:58 pm

» UPSR 5A di kg Nuntunan
by Admin Tue Nov 19, 2013 8:24 pm

» Penternakan ikan TALAPIA .. mari bincang
by edy Fri Aug 23, 2013 1:25 pm

» Jangan tebang/musnahkan pokok ini
by Admin Sat Aug 17, 2013 11:21 pm

» Gambar-gambar Tagal
by Admin Tue Aug 06, 2013 2:08 pm

» Rokok elektronik (e-cigarette)
by Admin Fri Jul 19, 2013 10:41 pm

» Post Mortem Kaamatan 2013 Kg.Nuntunan -13julai2013
by Prisca Fri Jul 19, 2013 8:52 pm

» Gambar2 Kaamatan Kg.Nuntunan -22jun2013
by Admin Mon Jul 15, 2013 2:53 pm

KNP Chatbox


Visitors / Pengunjung / Pelawat

BADAN KEBAJIKAN KG NUNTUNAN

+7
Togunggak2
Ansis
Urub's
mafia1975
buhangkut
LEE XIN TONG
edy
11 posters

Page 3 of 3 Previous  1, 2, 3

Go down

BADAN KEBAJIKAN KG NUNTUNAN - Page 3 Empty Re: BADAN KEBAJIKAN KG NUNTUNAN

Post by edy Tue Feb 16, 2010 9:39 am

masa makin berlalu... projek buat tabung ini ada baiknya kita jadikan kenyataan... sedih juga ba kalau ada saudara-mara / ahli keluarga yg menderita tapi kita tidak dapat bantu! secara individu, memang ada antara kita yang mampu dan ada yg tidak mampu, tapi kalau ada tambung kebajikan begini, kita sedikit sebanyak akan mampu sebab tabung sendiri membuat sumbangan kepada ahli2nya............

fikir2 kan... kalau ok, bulan paska ni kita lancarkan!
edy
edy
Pakar Rujuk KNF

Posts : 3660
Join date : 2009-06-15

http://stedmund-jvsite.forumotion.net/

Back to top Go down

BADAN KEBAJIKAN KG NUNTUNAN - Page 3 Empty Re: BADAN KEBAJIKAN KG NUNTUNAN

Post by Ansis Tue Feb 16, 2010 10:08 am

projek ni sebenarnya bagus betul...
Ansis
Ansis
Pakar Rujuk KNF

Posts : 3220
Join date : 2009-06-15

Back to top Go down

BADAN KEBAJIKAN KG NUNTUNAN - Page 3 Empty Re: BADAN KEBAJIKAN KG NUNTUNAN

Post by edy Tue Feb 16, 2010 11:52 am

GARISPANDUAN BADAN KEBAJIKAN KNF (KG NUNTUNAN)

Rasional & Konsep
a. Semua penduduk Kg.Nuntunan adalah layak untuk menjadi ahli tabung kebajikan ini.
b. Mesyuarat Agong akan diadakan setiap tahun (sepanjang bulan November hingga disember).
c. para ahli akan menyumbang ke dalam tabung kebajikan
d. ahli2 terdiri dlm bentuk "keluarga asas" iaitu – ibubapa, suami-isteri dan anak-anak mereka kecuali anak-anak yang sudah berkahwin
e. Sumbangan / Yuran bulanan adalah RM5.00 sebulan @ RM60.00 setahun dibayar dua bulan ke hadapan
f. Yuran mesti lunas / teratur untuk membolehkan ia layak menuntut apa2 perkara yg dibenarkan dalam garis panduan badan kebajikan ini
g. Badan kebajikan ini bukan dalam bentuk insuran. Sumbangan / yuran ahli adalah untuk kebajikan ahli - kalau tarik dri daripada ahli atau dipecat tidak akan boleh menuntut semula yuran2 yg telah disumbangkan olehnya.
h. cth hal2 yg boleh diliputi ialah kematian / kemalangan / bencana alam / anak2 melanjutkan pelajaran / masuk hospital / sakit berterusan dan sebagainya (detail diliputi dalam “Bencana / trajedi yang layak memohon”).
i. Jika yuran tertunggak tiga bulan, tidak layak untuk menerima sebarang bantuan.
j. selepas 3 bulan, sekiranya ahli melunaskan yuran / sumbangan, tempoh berdenda 1 bulan dari tarikh dia membayar yuran.
k. Dalam tempoh denda ini, ahli tidak layak untuk sebarang tuntutan.
l. Para AJK tabung kebajikan akan dibentuk seramai 5 orang iaitu Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Penolong Setiausaha dan Bendahari.
m. Sekiranya terdapat rayuan, tambahan 2 orang AJK sementara akan di ambil dikalangan ahli Tabung Kebajikan. Ini bermakna 7 orang akan bersidang!
n. Persidangan utama adalah melalui forum ini. Persidangan melalui forum ini adalah sah.
o. Bantuan akan disalurkan kepada ahli yang layak melalui bank-in atau cek selepas semua AJK Tabung Kebajikan bersetuju.
p. Sebagai permulaan tabung, setiap ahli hendaklah membuat bayaran yuran RM5.00 x 12 bulan = RM60.00 sekali gus. Ini bermakna semua ahli akan mendahului bayaran selama setahun.
q. Tuntutan boleh dibuat hanya selepas 2 bulan menjadi ahli.
r. Ahli baru hendaklah hendaklah membuat pembayaran sebanyak RM60.00 sebagai bayaran pendahuluan (berbentuk bayaran sumbangan / yuran untuk setahun)

Bencana Yang diliputi
a. kematian ibu-bapa RM350.00
b. Kematian ahli keluarga RM350.00
c. Kematian ahli sendiri RM1,000.00
d. Bencana (rumah terbakar penuh, rumah runtuh akibat banjir, bencana, tanah runtuh dan sebagainya) – permohonan disertakan gambar-gambar. RM350
e. Masuk hospital lebih daripada 3 hari RM150(tidak termasuk hari terakhir berada di hospital semasa discharge)
f. Dalam penghalusan - sagu hati kepada anak dapat melanjutkan pelajaran ke IPTA dalam kursus yg badan Tabung Kebajikan kategorikan sebagai kursus "kritikal & Penting" ... kategori ini buli dimasukkan apabila tabung kebajikan matang nanti.

AJK Tabung Kebajikan
Pengerusi :
Timbalan Pengerusi :
Setiausaha :
Penolong Setiausaha :
Bendahari :
Juruodit : 2 orang ahli yg akan juga menjadi AJK Rayuan

Contoh kes :-
a. jika 20 orang ahli.... dan tiada apa-apa kejadian dlm satu tahun itu...
b. maka yuran terkumpul ialah RM60.00 x 20 orang = RM1,200.00
c. jika pada tahun ke-2 terdapat 2 kes / kejadian (1 kematian dan 1 masuk hospital) maka

yuran waktu itu RM2,400.00
tolak 1 kejadian kematian RM350.00 = RM350.00
tolak 1 kejadian masuk hospital RM150.00
Baki RM2,400.00 – RM350.00 – RM150.00 = RM1,900.00


Cara memohon menjadi ahli
a. hendaklah memohon melalui tread khas dalam Forum KNF ini di mana tread ini hanya boleh dilihat oleh AJK Tabung Kebajikan & admin Forum sahaja.
b. Nyatakan nama, ahli keluarga, umur para ahli keluarga, no akaun bank dan nama bank
c. Selepas diluluskan melalui laman web KNF, sumbangan keahlian sebanyak RM60.00 hendaklah di”bank-in” kan kepada pemegang amanah akan tabung kebajikan ini. (akaun semasa atau akaun bersama akan dibuat khas untuk tabung kebajikan ini)
d. Surat pemberitahuan secara lengkap syarat-syarat dan sebagainya akan dikirimkan secara surat kepada ahli yang baru ini dan tarikh kuatkuasa keahlian akan dinyatakan dalam surat tersebut, juga dalam laman web ini.
Pemecatan ahli
seseorang ahli itu akan dipecat jika berlaku berikut:-
1. tertunggak bayaran yuran selama 3 bulan iaitu RM5x3 = RM15.00
2. pihak pengurusan akan mengutus surat kepada ahli tersebut menyatakan dia suda tertunggak 3 bulan atau juga melalui e-mail ahli.
3. jika ahli tersebut tidak ambil kesah / tidak peduli dan berterusan sehingga tertunggak lagi untuk 3 bulan seterusnya (menjadi 6 bulan) maka surat pemecatan daripada menjadi ahli akan dikeluarkan
4. semasa dalam proses ini... ( 3 bulan dan kemudian 6 bulan) dia tidak akan menikmati keistimewaan sebagai ahli...

Sistem akaun dan pengurusan bantuan / cara memohon

Sistem akaun adalah sangat berkaitan dengan system mengurus duit / kewangan tabung supaya tabung ini dipercayai dan tidak menyeleweng daripada agenda asal penubuhan tabung kebajikan.

ia akan diuruskan supaya sebarang permohonan diproses dengan cepat, tangkas, tepat dan amanah supaya bantuan dapat disalurkan kepada ahli yang memohon dengan csegera.

Apabila berlaku kejadian / bencana
a. ahli keluarga / ahli Tabung kebajikan yang berdekatan hendaklah melaporkan kepada AJK secara “online” spt e-mail, sms atau surat ringkas
b. Pengesahan : Pengesahan "berlaku bencana" kepada ahli Badan Kebajikan hendaklah dibaut oleh sekurang-kurangnya “seorang ahli tabung kebajikan dan seorang AJK tabung kebajikan”
c. Selepas pengesahan, permohonan akan dibuat secara online dengan mengupload semua dokumen2 yang perlu, gambar2 yang perlu atau e-mail terus kepada AJK Tabung Kebajikan.
d. Selepas semua dokumen lengkap, AJK akan bermesyuarat / bersidang secara online, atau secara “in-situ” sekiranya korum AJK adalah mencukupi di kawasan kg pada masa itu.
e. Selepas bermesyuarat.. sekiranya teratur maka akan diluluskan!
f. selepas lulus, kewangan akan dibank-in kepada ahli yang terlibat atau penyerahan secara “cash” sekiranya AJK Tabung kebajikan berada di kawasan kejadian.
g. Pengesahan untuk susun semula termasuklah compiling, pengesahan pergerakkan kewangan dan penyusunan kemaskini akaun akan dibuat dalam tempoh 1 bulan selepas kejadian
edy
edy
Pakar Rujuk KNF

Posts : 3660
Join date : 2009-06-15

http://stedmund-jvsite.forumotion.net/

Back to top Go down

BADAN KEBAJIKAN KG NUNTUNAN - Page 3 Empty Re: BADAN KEBAJIKAN KG NUNTUNAN

Post by edy Tue Feb 16, 2010 11:58 am

terus terang... saya sanggup menjadi perintis kepada tabung kebajikan KNF kg nuntunan ini. sebenarnya saya suda lebih kurang 1o tahun menjadi pengerusi tabung kebajikan di jabatan kami di di tempat saya bekerja, malah pernah menjadi pengerusi untuk tabung kebajikan jabatan peringkat negeri!

selepas 10 tahun, kewangan tabung kebajikan kami setakat ini boleh mencecah sehingga RM15,000.00... (yuran keahlian cuma Rm1.00 sebulan, kami mempunyai 70 orang ahli kalau di daerah), waktu ini memang mudah untuk menganjurkan program2 kebajikan untuk para ahli... marilah kita lakukan ini bersama-sama untuk kebaikkan ahli2 di kg kita...
edy
edy
Pakar Rujuk KNF

Posts : 3660
Join date : 2009-06-15

http://stedmund-jvsite.forumotion.net/

Back to top Go down

BADAN KEBAJIKAN KG NUNTUNAN - Page 3 Empty Re: BADAN KEBAJIKAN KG NUNTUNAN

Post by edy Tue Feb 16, 2010 12:02 pm

perkara yang mungkin berlaku

ramai ahli2 akan tidak puas hati apabila

a. tuntutan bantuan kebajikan ditolak
b. tidak mendapat kelayakkan sebagai ahli termasuklah dipecat dsb

ini adalah asam garam kerana mereka tidak faham / mengerti garis panduan kebajikan ini. oleh itu adalah menjadi tanggungjawab para ahli dan AJK untuk sering menerangkan garispanduan kebajikan tersebut kepada semua! Kita boleh mengadakan kempen untuk menarik lebih ramai ahli.
edy
edy
Pakar Rujuk KNF

Posts : 3660
Join date : 2009-06-15

http://stedmund-jvsite.forumotion.net/

Back to top Go down

BADAN KEBAJIKAN KG NUNTUNAN - Page 3 Empty Re: BADAN KEBAJIKAN KG NUNTUNAN

Post by DD Fri Feb 19, 2010 5:54 pm

Very Happy Wah...syok ni cadangan..sokong n nak join ni...
ada da ka borg?
DD
DD
Pengunjung Junior

Posts : 170
Join date : 2009-12-15
Age : 44
Location : Rizob

Back to top Go down

BADAN KEBAJIKAN KG NUNTUNAN - Page 3 Empty Re: BADAN KEBAJIKAN KG NUNTUNAN

Post by edy Fri Feb 19, 2010 6:48 pm

terimakasih DD... baru kao sorang yg respon setakat ini... yg lain mungkin belum baca hal ini atau blum mau baca... Mad
edy
edy
Pakar Rujuk KNF

Posts : 3660
Join date : 2009-06-15

http://stedmund-jvsite.forumotion.net/

Back to top Go down

BADAN KEBAJIKAN KG NUNTUNAN - Page 3 Empty Re: BADAN KEBAJIKAN KG NUNTUNAN

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 3 of 3 Previous  1, 2, 3

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum