Kampung Nuntunan, Keningau
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
KNP Icon

TAGAL KG.NUNTUNAN
dengan kerjasama JABATAN PERIKANAN SABAH


Anda warga Kg.Nuntunan? Perlu login utk melihat semua topik...

Who is online?
In total there are 6 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 6 Guests

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 264 on Sun Apr 11, 2021 12:40 am
Latest topics
» Bomoh yang ada di Kg. Nuntunan. Siapa dia?
by sayabaikorangnya Mon Sep 10, 2018 8:44 pm

» Yang pertama...
by Prisca Thu Sep 24, 2015 10:40 pm

» FIFA 2014
by edy Thu Jul 24, 2014 2:08 pm

» kaamatan 2013?
by Admin Thu Apr 17, 2014 6:53 pm

» Penduduk kg semakin maju
by Admin Tue Apr 15, 2014 9:34 pm

» KEM KESIHATAN UNTUK WARGA KG.NUNTUNAN
by sabtu Sat Apr 12, 2014 7:10 pm

» Barisan AJK JKKK Kg.Nuntunan 2014
by Admin Sat Apr 12, 2014 6:38 pm

» Senarai Koleksi Lagu (lirik)
by Admin Sun Mar 30, 2014 10:59 pm

» JOY Music Centre -Keningau
by edy Fri Feb 07, 2014 4:09 pm

» Aktiviti "org kita" di luar negeri / luar kg nuntunan
by edy Tue Jan 21, 2014 6:15 pm

» Pelawat '3rd tRAINING PROGRAM' -15okt2013
by Admin Mon Dec 09, 2013 5:28 pm

» Tahniah... ClarineSisca Clare Japrin (25sept2013)
by Admin Mon Dec 02, 2013 11:18 am

» Barking at the moon
by Admin Sat Nov 23, 2013 7:58 pm

» UPSR 5A di kg Nuntunan
by Admin Tue Nov 19, 2013 8:24 pm

» Penternakan ikan TALAPIA .. mari bincang
by edy Fri Aug 23, 2013 1:25 pm

» Jangan tebang/musnahkan pokok ini
by Admin Sat Aug 17, 2013 11:21 pm

» Gambar-gambar Tagal
by Admin Tue Aug 06, 2013 2:08 pm

» Rokok elektronik (e-cigarette)
by Admin Fri Jul 19, 2013 10:41 pm

» Post Mortem Kaamatan 2013 Kg.Nuntunan -13julai2013
by Prisca Fri Jul 19, 2013 8:52 pm

» Gambar2 Kaamatan Kg.Nuntunan -22jun2013
by Admin Mon Jul 15, 2013 2:53 pm

KNP Chatbox


Visitors / Pengunjung / Pelawat

Daun Pandan.... berkhasiat

Go down

Daun Pandan.... berkhasiat Empty Daun Pandan.... berkhasiat

Post by edy Wed Jan 09, 2013 9:20 pm

Pokok pandan mudah tumbuh dan dipelihara. Pokok pandan tumbuh berumpun dan mempunyai daun yang panjang dan meruncing di hujung seperti pedang. Ðaunnya berbau wangi dan merupakan tumbuhan yang sejuk. Ðaun pandan tumbuh berlapis-lapis dan bersilang. Warnanya hijau tua di pangkal dan hijau muda di hujungnya. Pokok pandan boleh membaik melalui akar atau anak pokok. Ðaun pandan dikatakan mengandungi alkaloid, saponin, flavonoid, tanin, polifenol dan zat warna.

Terdapat dua jenis pandan wangi iaitu pandan wangi besar dan pandan wangi kecil. Kebanyakan daripada tanaman pandan wangi di negara ini adalah jenis pandan wangi kecil. Bunganya majmuk dan berwarna putih.

Pelbagai kegunaan

Bagi tujuan kegunaan sebagai perasa dan pewarna, daun pandan akan diekstrakkan sebelum digunakan. Ekstrak tersebut akan digunakan dalam pembuatan roti, kek, biskut dan kuih muih tradisional seperti kuih tepung talam, ketayap (kuih gulung), cendol, seri muka, buah melaka, bingka/bengkang (utara) serta minuman. Maka tidak hairanlah terdapat pelbagai syarikat yang menggunakan ekstrak perasa makanan pandan ini dalam produk keluaran mereka.

Ðaunnya yang dilayur, boleh digunakan untuk membuat ketupat, kuih tako atau boleh digunakan sebagai pembalut/pembungkus ayam untuk dibakar/panggang, resepi yang agak terkenal ialah 'pandan chicken'.

Ðaunnya boleh digunakan dalam bubur/pengat/serawa, nasi lemak, nasi ayam, sirap untuk menambahkan aroma yang wangi dan menyelerakan dalam masakan.

Bagi kegunaan luar, bahagian yang banyak digunakan adalah daunnya. Antara kegunaan daun pandan adalah untuk menghitamkan rambut dan menghilangkan kelemumur.

Mereka yang mahu menghitamkan rambut dikatakan boleh menggunakan daun pandan bagi membantu proses penghitaman rambut tersebut. Caranya adalah dengan mengambil 7 lembar daun pandan yang kemudiannya dicuci bersih. Setelah daun tersebut dipotong-potong kecil, rebus dengan seliter air hingga warna air berubah menjadi warna hijau. Embunkan air rebusan tadi selama semalaman. Keesokan harinya, campurkan air rebusan daun pandan tadi dengan air perahan 3 biji buah mengkudu masak. Gunakan air campuran ini untuk mencuci rambut. Lakukan 3 kali seminggu sehingga hasilnya kelihatan.

Selain itu, dikatakan daun pandan juga mampu menghilangkan masalah kepala berkelemumur. Caranya adalah dengan menggunakan ramuan air perahan daun pandan yang telah digiling halus yang kemudiannya dicampurkan dengan air. Lumurkan air perahan ini ke seluruh kulit kepala yang berkelemumur. Biarkan ramuan ini kering selama setengah jam sebelum dibilas. Lakukan setiap hari sehingga kelemumur hilang. Cara ini juga dikatakan mampu merawat masalah keguguran rambut.

Turut punyai khasiat ubatan

Untuk tujuan perubatan pula, daun juga yang menjadi pilihan. Bagi mereka yang mengalami masalah reumatik, dikatakan daun pandan juga berkhasiat dalam merawat masalah ini. Penghidap dikatakan boleh menggunakan ubat gosok yang dihasilkan daripada 3 helai daun pandan yang diseduh dengan setengah cawan minyak kelapa yang telah dipanaskan. Aduk ramuan ini sehingga rata dan apabila sejuk, gosokkan ramuan ini pada bahagian yang bermasalah.

Masalah lemah saraf juga dikatakan mampu dirawat dengan menggunakan daun pandan. Caranya adalah dengan mengambil 3 helai daun pandan yang kemudiannya dipotong kecil-kecil. Rebus dengan 3 gelas air hingga menjadi tersisa sebanyak 2 gelas. Minumlah ramuan ini sebanyak 1 gelas pada waktu pagi dan malam.

Bagi mengatasi masalah angin dalam badan, ambil segenggam pulut. Uli (gentel) supaya menjadi butir-butir kecil. Tambah halia sebesar ibu jari. Masukkan 7 helai daun pandan muda. Masukkan 2 ketul gula melaka. Rebus bersama 2 liter air. Tunggu sehingga ketulan pulut timbul di permukaan. Bila sejuk, tapis dan boleh minum. Amalkan dua hingga tiga kali sehari.

Ðaun pandan juga dikatakan mampu merawat perasaan gelisah. Caranya ialah dengan mengmbil 2 helai daun muda. Rendam dalam secawan air yang panas. Tapis dan minum dua atau tiga kali sehari.

Selain itu, daun pandan juga dikatakan mampu digunakan tujuan merawat penyakit demam campak, gonorrhea, sifilis, denggi dan anemia.

Lain-lain senarai kegunaan daun pandan :

Pewangi bedak sejuk
Pewangi asli bunga rampai
Salah satu daun yang dicampurkan ke dalam air mandian untuk ibu-ibu yang baru melahirkan (dalam pantang)
Ubat pencegah lipas - Ambil beberapa helai daun yang segar, simpulkan dan letak
dalam kabinet dapur. Insya Allah lipas akan berkurangan.
Pewangi kereta - gunting beberapa helai daun muda, masukkan ke dalam bekas plastik. Ia mampu bertahan selama 2 minggu.


Walaupun daun pandan mempunyai pelbagai kegunaan, namun untuk tujuan perubatan, dapatkanlah nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.


Sumber : http://laman-seri.blogspot.com/2012/01/khasiat-pokok-pandan.html
edy
edy
Pakar Rujuk KNF

Posts : 3660
Join date : 2009-06-15

http://stedmund-jvsite.forumotion.net/

Back to top Go down

Daun Pandan.... berkhasiat Empty Re: Daun Pandan.... berkhasiat

Post by edy Wed Jan 09, 2013 9:24 pm

Untuk pengetahuan, saya juga mengamalkan meminum air pandan sehari-harian. Sudah agak lama... sekitar satu tahun suda dan khasiat yg saya telah perolehi ialah

a. Gout - selepas diamalkan minum air pandan selama sekitar 3 bulan barulah khasiatnya dapat dirasai. Gout trus hilang selama berbulan2 namun mmg la ia akan kembali kalau terlalu aramai ti dan juga terlalu makan daging dan seafood. Namun kalau terasa ada tanda2 sakit gout mau menyerang.. teruslah minum lagi beberapa gelas waktu sebelum tidur. Esok pagi akan ringan semula.

b. Badan rasa ringan selepas meminum segelas dua air pandan sebelum tidur. Memang terasa betul kesannya.

c. Bau badan pun terkawal kalau selalu minum air pandan... Laughing inda la kawan2 menutup hidung ketika bercerita dgn kita..
edy
edy
Pakar Rujuk KNF

Posts : 3660
Join date : 2009-06-15

http://stedmund-jvsite.forumotion.net/

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum