Who is online?
In total there are 5 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 5 Guests None
Most users ever online was 264 on Sun Apr 11, 2021 12:40 am
Latest topics
» Bomoh yang ada di Kg. Nuntunan. Siapa dia?by sayabaikorangnya Mon Sep 10, 2018 8:44 pm
» Yang pertama...
by Prisca Thu Sep 24, 2015 10:40 pm
» FIFA 2014
by edy Thu Jul 24, 2014 2:08 pm
» kaamatan 2013?
by Admin Thu Apr 17, 2014 6:53 pm
» Penduduk kg semakin maju
by Admin Tue Apr 15, 2014 9:34 pm
» KEM KESIHATAN UNTUK WARGA KG.NUNTUNAN
by sabtu Sat Apr 12, 2014 7:10 pm
» Barisan AJK JKKK Kg.Nuntunan 2014
by Admin Sat Apr 12, 2014 6:38 pm
» Senarai Koleksi Lagu (lirik)
by Admin Sun Mar 30, 2014 10:59 pm
» JOY Music Centre -Keningau
by edy Fri Feb 07, 2014 4:09 pm
» Aktiviti "org kita" di luar negeri / luar kg nuntunan
by edy Tue Jan 21, 2014 6:15 pm
» Pelawat '3rd tRAINING PROGRAM' -15okt2013
by Admin Mon Dec 09, 2013 5:28 pm
» Tahniah... ClarineSisca Clare Japrin (25sept2013)
by Admin Mon Dec 02, 2013 11:18 am
» Barking at the moon
by Admin Sat Nov 23, 2013 7:58 pm
» UPSR 5A di kg Nuntunan
by Admin Tue Nov 19, 2013 8:24 pm
» Penternakan ikan TALAPIA .. mari bincang
by edy Fri Aug 23, 2013 1:25 pm
» Jangan tebang/musnahkan pokok ini
by Admin Sat Aug 17, 2013 11:21 pm
» Gambar-gambar Tagal
by Admin Tue Aug 06, 2013 2:08 pm
» Rokok elektronik (e-cigarette)
by Admin Fri Jul 19, 2013 10:41 pm
» Post Mortem Kaamatan 2013 Kg.Nuntunan -13julai2013
by Prisca Fri Jul 19, 2013 8:52 pm
» Gambar2 Kaamatan Kg.Nuntunan -22jun2013
by Admin Mon Jul 15, 2013 2:53 pm
KNP Chatbox
Miskin tp rajin ke sekolah
5 posters
Miskin tp rajin ke sekolah
Saudara Pengarang,
SAYA mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya.
Tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali anggukkan yang seolah-olah dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya.
Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan. Airmatanya sahaja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.
Keesokan harinya, dia masih juga lambat dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang ke sekolah dan masih tetap lambat. Suatu hari saya bercadang untuk mengintip ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif.
Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah. Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari-lari sekuat hati menuju ke rumah itu.
Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.
Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang. "Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?"
Dia terkejut dan wajahnya berubah. "Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya
"Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?"
"Mak pesan, jangan meminta-minta pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu."
Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ......." Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.
Salam Hormat,
CIKGU INSAF
Sumber: Internet...
Re: Miskin tp rajin ke sekolah
sedih saya baca in cerita..
huukma- Pengunjung Senior
- Posts : 489
Join date : 2009-07-16
Re: Miskin tp rajin ke sekolah
yg lucu, ada pula keluarga yg berada/mampu tp anak2 tdk pula mau skul bagus2...
Re: Miskin tp rajin ke sekolah
Admin wrote:yg lucu, ada pula keluarga yg berada/mampu tp anak2 tdk pula mau skul bagus2...
Kalau skul sia 2 pasang baju bantuan untuk setahun tapi tetap selalu ponteng ke sekolah,tapi kata pepatah "Nak Seribu Daya,Tak Nak Seribu Dalih"
Prisca- Pengunjung Awal
- Posts : 72
Join date : 2012-09-03
Re: Miskin tp rajin ke sekolah
klu tu anak dlm cerita di atas berjaya dlm hidup, pasti pengalaman hidupnya dlm persekolahan akan menjadi kenangan termanis... sedih tp katarom do tundundu...
Re: Miskin tp rajin ke sekolah
mmg bdak ni nak sribu daya sda ni ckgu prisca...
androlo- Pengunjung Senior
- Posts : 387
Join date : 2009-08-09
Age : 35
Location : rizop
Re: Miskin tp rajin ke sekolah
saya rasa kita di kampung kita pun tidak kurang sedih juga, cuma mungkin tidak sampai tahap kongsi baju lah. saya ingat saya dulu adalah pigi tumabang, putung getah sebelum pigi sekolah... itu lah org bilang, hendak seribu daya, klu tidak mau, mcm2 alasan. Puji Tuhan atas berkatNya.
huukma- Pengunjung Senior
- Posts : 489
Join date : 2009-07-16
Re: Miskin tp rajin ke sekolah
tp mcm ada pula yg tdk sedar diri sj... sdhpun hidup susah, belajar pun tdk mau, potong getah pun mcm mau tdk mau sj...
Re: Miskin tp rajin ke sekolah
androlo wrote:mmg bdak ni nak sribu daya sda ni ckgu prisca...
iya ba
Prisca- Pengunjung Awal
- Posts : 72
Join date : 2012-09-03
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
|
|