Kampung Nuntunan, Keningau
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
KNP Icon

TAGAL KG.NUNTUNAN
dengan kerjasama JABATAN PERIKANAN SABAH


Anda warga Kg.Nuntunan? Perlu login utk melihat semua topik...

Who is online?
In total there are 6 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 6 Guests :: 1 Bot

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 264 on Sun Apr 11, 2021 12:40 am
Latest topics
» Bomoh yang ada di Kg. Nuntunan. Siapa dia?
by sayabaikorangnya Mon Sep 10, 2018 8:44 pm

» Yang pertama...
by Prisca Thu Sep 24, 2015 10:40 pm

» FIFA 2014
by edy Thu Jul 24, 2014 2:08 pm

» kaamatan 2013?
by Admin Thu Apr 17, 2014 6:53 pm

» Penduduk kg semakin maju
by Admin Tue Apr 15, 2014 9:34 pm

» KEM KESIHATAN UNTUK WARGA KG.NUNTUNAN
by sabtu Sat Apr 12, 2014 7:10 pm

» Barisan AJK JKKK Kg.Nuntunan 2014
by Admin Sat Apr 12, 2014 6:38 pm

» Senarai Koleksi Lagu (lirik)
by Admin Sun Mar 30, 2014 10:59 pm

» JOY Music Centre -Keningau
by edy Fri Feb 07, 2014 4:09 pm

» Aktiviti "org kita" di luar negeri / luar kg nuntunan
by edy Tue Jan 21, 2014 6:15 pm

» Pelawat '3rd tRAINING PROGRAM' -15okt2013
by Admin Mon Dec 09, 2013 5:28 pm

» Tahniah... ClarineSisca Clare Japrin (25sept2013)
by Admin Mon Dec 02, 2013 11:18 am

» Barking at the moon
by Admin Sat Nov 23, 2013 7:58 pm

» UPSR 5A di kg Nuntunan
by Admin Tue Nov 19, 2013 8:24 pm

» Penternakan ikan TALAPIA .. mari bincang
by edy Fri Aug 23, 2013 1:25 pm

» Jangan tebang/musnahkan pokok ini
by Admin Sat Aug 17, 2013 11:21 pm

» Gambar-gambar Tagal
by Admin Tue Aug 06, 2013 2:08 pm

» Rokok elektronik (e-cigarette)
by Admin Fri Jul 19, 2013 10:41 pm

» Post Mortem Kaamatan 2013 Kg.Nuntunan -13julai2013
by Prisca Fri Jul 19, 2013 8:52 pm

» Gambar2 Kaamatan Kg.Nuntunan -22jun2013
by Admin Mon Jul 15, 2013 2:53 pm

KNP Chatbox


Visitors / Pengunjung / Pelawat

Projek Ikan Keli.... (baik sebagai projek jangka panjang)

+3
sabtu
Admin
edy
7 posters

Page 1 of 2 1, 2  Next

Go down

Projek Ikan Keli.... (baik sebagai projek jangka panjang) Empty Projek Ikan Keli.... (baik sebagai projek jangka panjang)

Post by edy Tue Oct 09, 2012 9:58 am

Wednesday, February 1, 2012
Tips Hari ini: Paras air kolam untuk pembesaran anak benih ikan keli

SETIAP JENIS IKAN yang diciptakan oleh Tuhan tidak sama antara satu sama yang lain. Setiap ikan ada kelebihannya tersendiri. Inlah keunikannyanya dunia ikan. Saya tidak akan bincangkan tentang morfologi ikan itu tetapi hari ini saya hendak menyentuh tentang paras air kolam serta tindakbalas ikan khususnya ikan keli dengan kadar paras air kolam ternakan.

Kenapa paras air sangat penting?

Lain ikan lain paras airnya. Jika anda terlibat dengan penternakan ikan yang jenis bersisik seperti ikan tilapia, mungkin anda sangat perlukan air yang dalam dan sedikit berarus. Kandungan oksigennya harus tinggi untuk membenarkan ikan tilapia terus membesar. Tapi lain dengan tabiat ikan keli hibrid (clarias garfiepinus). Ikan keli ini tidak perlu air yang dalam dan tidak perlu air yang berarus. Ikan keli sebenarnya ikan yang suka di tempat cetek, suhu air yang tinggi sekitar 27 darjah celsius sehingga 33 darjah celsius. Namun dari pengalaman saya sendiri suhu air mencecah sehingga 35 darjah celsius pun ikan ini mampu hidup dan membesar. Ikan yang biasa dengan suhu ekstrem begini amat agresif, cergas, besar dan sihat. Tapi ikan keli yang diternak di kolam yang airnya dalam dan sejuk kurang agresif, lemah dan kurus.

Mengapa ini berlaku ?

Pertama sekali air kolam perlukan satu keadaan di mana fitoplankton dan zooplankton boleh hidup subur. Oleh itu kadar ketembusan cahaya perlu ada, itu makanya air harus dicetekkan. Air yang dalam membantutkan perkembangan plankton kerana kurang ketembusan cahaya. Dalam suasan danau atau tasik, kawasan di mana air dalam terdapat kurang atau tiada sumber plankton. Air yang cetek juga dapat menstabilkan suhu. Jika air terlalu dalam, suhu akan terlalu sejuk dan jika terlalu cetek air akan terlalu panas terutama pada waktu tengahari. Kadar ketembusan cahaya dan kesuburan dapat mempercepat proses penghuraian oleh bakteria penghurai. Ini akan dapat menghuraikan ammonia dan karbon dioksida. Tindak aktif berlaku secara biologi dan pelepasan oksigen sangat aktif. Ikan akan sangat agresif dan nafsu makan bertambah. Hasilnya, air yang subur dan kurang berbau serta ikan yang sihat, cepat membesar dan pemberian makanan yang kurang. Ikan akan cepat membesar walaupun kadar FCR sangat kurang dalam pemberian makanan namun ikan tetap cepat membesar ini kerana kesuburan air membantu ikan ini mendapat tenaga. kesuburan air yang dipenuhi oleh plankton dan bakteria penghurai dapat menghasilkan asid amino dan zat-zat yang sangat berguna dalam pembesaran ikan. Ikan akan jadi lebih sihat dan kurang berlemak.

Untuk pengetahuan anda, dengan kesuburan air kolam, kadar pemberian makanan dapat dihadkan. Ini sangat penting untuk membiarkan ikan tersebut membesar secara semulajadi kerana dengan memaksa ikan ini memakan terlalu banyak pelet, isi ikan kurang enak sebab lebih berlemak. Ikan yang dibiasakan hidup dalam persekitaran air yang subur, mengandungsi asid omega yang tinggi dan kurang berlemak.

Ok, jadi apa tips yang perlu saya kongsikan dengan anda? Tipsnya adalah mengawal paras air kolam ternakan anda. Sila praktikkan dan lihat hasilnya.

1. Bagi kolam untuk pembesarn benih ikan dari mula menetas sehingga saiz agak-agak 3 inci, paras air kolam yang saya syorkan adalah lebih kurang 4 inci sahaja. Biarkan separuh kolam anda terbuka dan terdedah penuh dengan matahari dan sebahagian lagi ditutup dengan jaring penghadang matahari berketembusan cahaya sekitar 50%.

2. Pastikan air kolam bebas klorin dan sebaik-baiknya guna air perigi dan gunakan 200ml EM bagi setiap keluasan kolam 7 kaki X 11 kaki X 4 inci air. Pastikan EM dilarutkan terlebih dahulu dan barulah dicampur air kolam.

3. Bagi anak ikan yang bersaiz 1 inci, anda boleh memberikan anak ikan anda dengan pelet yang dihancur halus sebaik-baiknya dikisar halus. Berikan kadar makanan sederhana dan jangan terlalu 'over' atau jangan terlalu kerap, cukup sekadar 2 kali sehari. Selepas 2 minggu anak-anak ikan akan membesar dan lakukan penggredan dengan mengasingkan anak ikan yang bersaiz besar ke satu kolam yang berasingan. lakukan pemerhatian sekerap yang boleh untuk mempastikan anak-anak ikan yang lebih awal membesar diasingkan.

******************************************

Oklah setakat ini dulu. selamat mencuba dan selamat menternak. Kita akan berjumpa lagi pada tips yang seterusnya. Saya akan cuba berkongsi dengan anda dari masa ke semasa dan anda perlu mengetahui bahawa kebanyakkan tips yang saya berikan dalam blog ini anda tidak akan temui pada blog-blog yang lain kerana tips-tips yang saya berikan ini adalah berdasarkan pengalaman dan kajian saya sendiri. Semua kaedah yang saya nyatakan sudah diuji dan yang tinggal hanya cara pelaksanaan anda sahaja, Jika ada kemusykilan boleh berhubung terus dengan saya atau datang terus ke ladang projek keli kami di kampung Binsulok Membakut untuk penjelasan yang lebih lanjut. Selamat maju jaya.

sumber : http://kelisabah.blogspot.com/
edy
edy
Pakar Rujuk KNF

Posts : 3660
Join date : 2009-06-15

http://stedmund-jvsite.forumotion.net/

Back to top Go down

Projek Ikan Keli.... (baik sebagai projek jangka panjang) Empty Re: Projek Ikan Keli.... (baik sebagai projek jangka panjang)

Post by edy Tue Oct 09, 2012 10:16 am

sumber : http://kelisabah.blogspot.com/

PUNCA DAN CARA MENGATASI AIR KOLAM KELI BERBAU BUSUK

ADA beberapa faktor yang akan menyebabkan kolam ikan keli kita berbau busuk. Namun perlu diketahui, bau organik yang datang dari pereputan plankton bukanlah dianggap ianya berbau. Bau lumpur pula boleh di kategorikan sebagai bau yang normal. Tetapi bau busuk yang terlalu kuat sehingga dapat dihidu pada jarak lebih 30 kaki ianya bolehlah dianggap sebagai bau busuk. Bau busuk yang datang dari kolam keli bukanlah sesuatu yang biasa. Ia hanya berlaku apabila aktiviti mikrob baik yang berfungsi sebagai penghurai sangat kurang dan digantikan dengan ejen pembusuk iaitu bakteria pembusuk dan kemudiannya akan mengundang patogen serta berlaku lambakkan gas ammonia yang tidak terhurai.

Ada beberapa kemungkinan yang selalunya berlaku di mana kita sering terlepas pandang atau sengaja melakukannya. Antaranya:

1. Memasukkan bangkai ke dalam kolam dengan tujuan memberi makan ikan keli.

2. Memberi makan ikan keli dengan benda berdarah seperti ikan segar, kepala ikan, perut ikan, perut ayam dan sebagainya. Air akan cepat busuk dan mengundang patogen pembawa penyakit.

3. Air kolam anda tidak terdedah dengan matahari. Perbuatan terlalu melindungi kolam dengan menggunakan atap atau sebagainya dapat mengundang bau yang busuk. Ini kerana, tenaga matahari adalah sumber utama yang sangat diperlukan oleh organisma hidup. Tanpa matahari, aktiviti benda hidup akan terbantut.

4. Air terlalu sejuk atau dalam. Biasanya berlaku pada kolam konkrit.

5. Tabiat memberi makan yang berlebihan



BEBERAPA KAEDAH YANG DAPAT ANDA AMBIL UNTUK ATASI KOLAM KELI DARI BERBAU BUSUK

1. Jangan masukkan bangkai dalam kolam.

2. Jangan beri makan ikan keli anda dengan benda berdarah. Kalau boleh elakkan. Ikan keli sudah tentu cepat membesar kalau beri makan usus ayam. TAPI, masalah yang timbul, ikan keli anda berbau, lembik, busuk dan daging ikan yang berlemak. Kolam keli anda berbau busuk dan berkuman. Ikan keli anda berkulit pucat, tiada kualiti.

3. Dedahkan kolam anda sekurang-kurangnya 70% kepada kepanasan matahari. Bubuh E.M untuk memperkayakan mikrob baik. Kolam anda akan subur dan masalah bau akan hilang.

4. Dapatkan paras air yang sesuai. Paras air pada kedalaman 1 kaki sudah memadai.

5. Buang tabiat suka bagi makan secara berlebihan. Seperti pada post yang lalu, saya terangkan bahawa ikan keli perlu puasa untuk merehatkan sistem penghadaman. Dengan menggunakan kaedah kesuburan air, anda tidak perlu beri makan dengan secara berlebihan. Ada beberapa ketika, ikan keli boleh beri makan sekali sehari. Memberi makan secara berlebihan akan mengundang bau kolam yang busuk akibat mendapan sisa pelet. Malahan ianya satu pembaziran.
edy
edy
Pakar Rujuk KNF

Posts : 3660
Join date : 2009-06-15

http://stedmund-jvsite.forumotion.net/

Back to top Go down

Projek Ikan Keli.... (baik sebagai projek jangka panjang) Empty Re: Projek Ikan Keli.... (baik sebagai projek jangka panjang)

Post by Admin Tue Oct 09, 2012 12:25 pm

Ngam ni... ikan kelilah paling senang mau pelihara...
Admin
Admin
Admin

Posts : 4885
Join date : 2009-06-09

https://nuntunankeningau.forumotion.com

Back to top Go down

Projek Ikan Keli.... (baik sebagai projek jangka panjang) Empty Re: Projek Ikan Keli.... (baik sebagai projek jangka panjang)

Post by edy Tue Oct 09, 2012 1:06 pm

cerita ini sebenarnya suda terlalu lama kita dengar tapi ramai yg tidak berjaya sebab

a. tidak serius
b. berharap duit datang bergolek dengan cepat dan berlimpah2
c. sering memikirkan org lain sudah berjaya dgn ternakan ikan keli maka kalau kita ceburkan diri lagi maka semakin banyak ikan keli sampai inda la terjual
d. inda tau mana mau jual
e. inda belajar mcmana mau ternak dengan berkesan
f. tidak mau belajar berniaga secara komersil
g. inda ada modal berniaga
h. keinginan yg menjadi sejuk kerana cakap2 org sekitar
i. kolam kena CURI i.e. org lain yg menuai

... banyak lagi alasan....

sdgkan kg kita sebenarnya berpotensi untuk menjadi kawasan ternakan...
edy
edy
Pakar Rujuk KNF

Posts : 3660
Join date : 2009-06-15

http://stedmund-jvsite.forumotion.net/

Back to top Go down

Projek Ikan Keli.... (baik sebagai projek jangka panjang) Empty Re: Projek Ikan Keli.... (baik sebagai projek jangka panjang)

Post by Admin Tue Oct 09, 2012 7:44 pm

klu kita bersatu hati, boleh ni...
Admin
Admin
Admin

Posts : 4885
Join date : 2009-06-09

https://nuntunankeningau.forumotion.com

Back to top Go down

Projek Ikan Keli.... (baik sebagai projek jangka panjang) Empty Re: Projek Ikan Keli.... (baik sebagai projek jangka panjang)

Post by sabtu Sun Oct 14, 2012 12:08 pm

ikan keli jika d ternak dlm tong biru pun bole....
sabtu
sabtu
Pengunjung Tetap

Posts : 740
Join date : 2010-06-05

Back to top Go down

Projek Ikan Keli.... (baik sebagai projek jangka panjang) Empty Re: Projek Ikan Keli.... (baik sebagai projek jangka panjang)

Post by androlo Sun Oct 14, 2012 11:32 pm

klau dlm tong biru snang kna bkin pusas tu...
androlo
androlo
Pengunjung Senior

Posts : 387
Join date : 2009-08-09
Age : 35
Location : rizop

Back to top Go down

Projek Ikan Keli.... (baik sebagai projek jangka panjang) Empty Re: Projek Ikan Keli.... (baik sebagai projek jangka panjang)

Post by sabtu Tue Oct 16, 2012 4:34 pm

pusas terussss....
sabtu
sabtu
Pengunjung Tetap

Posts : 740
Join date : 2010-06-05

Back to top Go down

Projek Ikan Keli.... (baik sebagai projek jangka panjang) Empty Re: Projek Ikan Keli.... (baik sebagai projek jangka panjang)

Post by Admin Wed Oct 17, 2012 9:06 pm

sesiapa yg berminat dlm pemeliharaan ikan, bagus pelihara ikan keli... senang jaga & cepat besar... klu pandai lg kasi tetas, lagilah bagus...
Admin
Admin
Admin

Posts : 4885
Join date : 2009-06-09

https://nuntunankeningau.forumotion.com

Back to top Go down

Projek Ikan Keli.... (baik sebagai projek jangka panjang) Empty Re: Projek Ikan Keli.... (baik sebagai projek jangka panjang)

Post by edy Wed Oct 24, 2012 9:09 pm

cara memeliharanya juga agak mudah.... tidak perlu kolam yg canggih. ada yg memelihara dalam canvas shj

dan air bekas memelihara ikan keli pun dijual satu gelen besar rm5.00 untuk siram pokok2 sbg baja...
edy
edy
Pakar Rujuk KNF

Posts : 3660
Join date : 2009-06-15

http://stedmund-jvsite.forumotion.net/

Back to top Go down

Projek Ikan Keli.... (baik sebagai projek jangka panjang) Empty Re: Projek Ikan Keli.... (baik sebagai projek jangka panjang)

Post by Admin Wed Oct 24, 2012 10:16 pm

ooo... air kolamnya pun boleh jual? Very Happy
Admin
Admin
Admin

Posts : 4885
Join date : 2009-06-09

https://nuntunankeningau.forumotion.com

Back to top Go down

Projek Ikan Keli.... (baik sebagai projek jangka panjang) Empty Re: Projek Ikan Keli.... (baik sebagai projek jangka panjang)

Post by edy Thu Oct 25, 2012 9:38 am

air kolam ini disikan sekali sahaja dlm tempoh memelihara iaitu sekitar 3 - 4 bulan. Air itu seterusnya menurut yg memerliharanya (di Tamparuli).. dijual sbg baja organik cecair!!!
edy
edy
Pakar Rujuk KNF

Posts : 3660
Join date : 2009-06-15

http://stedmund-jvsite.forumotion.net/

Back to top Go down

Projek Ikan Keli.... (baik sebagai projek jangka panjang) Empty Re: Projek Ikan Keli.... (baik sebagai projek jangka panjang)

Post by Admin Fri Oct 26, 2012 12:20 pm

ada juga org belikah?
Admin
Admin
Admin

Posts : 4885
Join date : 2009-06-09

https://nuntunankeningau.forumotion.com

Back to top Go down

Projek Ikan Keli.... (baik sebagai projek jangka panjang) Empty Re: Projek Ikan Keli.... (baik sebagai projek jangka panjang)

Post by maurice benedict Sat Oct 27, 2012 5:43 pm

cukup bagus suda itu begitu owhhh..2 in 1 pndptan....hehehe

maurice benedict
Pengunjung Awal

Posts : 3
Join date : 2011-04-10

Back to top Go down

Projek Ikan Keli.... (baik sebagai projek jangka panjang) Empty Re: Projek Ikan Keli.... (baik sebagai projek jangka panjang)

Post by Admin Sat Oct 27, 2012 7:27 pm

ya, siapa2 boleh pelihara ikan keli ni...
Admin
Admin
Admin

Posts : 4885
Join date : 2009-06-09

https://nuntunankeningau.forumotion.com

Back to top Go down

Projek Ikan Keli.... (baik sebagai projek jangka panjang) Empty Re: Projek Ikan Keli.... (baik sebagai projek jangka panjang)

Post by edy Mon Oct 29, 2012 8:10 am

di peladang Tuaran... harga 60sen se ekor tu bibit.....

ada tempat lain ka yg lebih murah?
edy
edy
Pakar Rujuk KNF

Posts : 3660
Join date : 2009-06-15

http://stedmund-jvsite.forumotion.net/

Back to top Go down

Projek Ikan Keli.... (baik sebagai projek jangka panjang) Empty Re: Projek Ikan Keli.... (baik sebagai projek jangka panjang)

Post by Admin Mon Oct 29, 2012 8:36 pm

nt sya mau cuba pg tanya sana kauran... tp mungkin klu di peladang mmg murahlah...
Admin
Admin
Admin

Posts : 4885
Join date : 2009-06-09

https://nuntunankeningau.forumotion.com

Back to top Go down

Projek Ikan Keli.... (baik sebagai projek jangka panjang) Empty Re: Projek Ikan Keli.... (baik sebagai projek jangka panjang)

Post by juniahubin Wed Dec 05, 2012 1:36 am

Edy...Kopisanangan...kounsikahan...diti maklumat...osorou ku om..poingkuro ikan Tilapia... omilo id piaraon id tong hitam (tangki)...waro potensi ti sada Tilapia piaraoon id tong hitam/kanvas?

juniahubin
Pengunjung Awal

Posts : 21
Join date : 2012-04-24
Age : 56
Location : Keningau

Back to top Go down

Projek Ikan Keli.... (baik sebagai projek jangka panjang) Empty Re: Projek Ikan Keli.... (baik sebagai projek jangka panjang)

Post by edy Sun Dec 09, 2012 11:51 pm

Juniah... nokopoomonsoi oku nogi do iso tread pasal do sada Talapia.. Laughing misorita hilo kio...
edy
edy
Pakar Rujuk KNF

Posts : 3660
Join date : 2009-06-15

http://stedmund-jvsite.forumotion.net/

Back to top Go down

Projek Ikan Keli.... (baik sebagai projek jangka panjang) Empty Re: Projek Ikan Keli.... (baik sebagai projek jangka panjang)

Post by DD Sun Dec 16, 2012 11:17 am

ba apalagi..ikan keli dan ikan talapia ba..ada jga belia yg ada kursus pnternakan ikan keli kn dkg..apa2 prog yg baik sa sokong ja,wlpn sa jarg2 di kg.
DD
DD
Pengunjung Junior

Posts : 170
Join date : 2009-12-15
Age : 43
Location : Rizob

Back to top Go down

Projek Ikan Keli.... (baik sebagai projek jangka panjang) Empty Re: Projek Ikan Keli.... (baik sebagai projek jangka panjang)

Post by edy Wed Dec 19, 2012 8:51 pm

beberapa informasi mengenai ikan keli (dari web2). Kebenarannya saya tidak pasti tapi baik untuk pengetahuan


Kenapa bila musim hujan banyak anak ikan keli mati?

a. anak benih mati sebab kesejukan sebab sekarang musim hujan, kalau boleh pasang lampu bulat dekat dengan kolam kanvas itu.

b. anak benih mati sebab sejuk dan kandungan oksigen akan turun bila suhu mula sejukā€¦
edy
edy
Pakar Rujuk KNF

Posts : 3660
Join date : 2009-06-15

http://stedmund-jvsite.forumotion.net/

Back to top Go down

Projek Ikan Keli.... (baik sebagai projek jangka panjang) Empty Re: Projek Ikan Keli.... (baik sebagai projek jangka panjang)

Post by edy Wed Dec 19, 2012 8:53 pm

Menternak ikan keli atau apa juga ikan memerlukan ilmu yang tinggi maka itu disarankan supaya para bakal penternak menghadiri kursus.

Saya cadangkan JKKK cuba cari cara supaya kursus ini boleh diadakan di kg kita...
edy
edy
Pakar Rujuk KNF

Posts : 3660
Join date : 2009-06-15

http://stedmund-jvsite.forumotion.net/

Back to top Go down

Projek Ikan Keli.... (baik sebagai projek jangka panjang) Empty Re: Projek Ikan Keli.... (baik sebagai projek jangka panjang)

Post by edy Wed Dec 19, 2012 8:54 pm

lagi info...

Ikan keli Jantan kita boleh kenal pasti di bawah abdomen nya iaitu di bahagian Anus atau papila nya berbentuk tirus dan induk Betina berbentuk Bulat
edy
edy
Pakar Rujuk KNF

Posts : 3660
Join date : 2009-06-15

http://stedmund-jvsite.forumotion.net/

Back to top Go down

Projek Ikan Keli.... (baik sebagai projek jangka panjang) Empty Re: Projek Ikan Keli.... (baik sebagai projek jangka panjang)

Post by edy Wed Dec 19, 2012 8:55 pm

punca2 ikan keli terbantut pembesaran nya


1. Makanan tidak cukup untuk memberi protien kepada ikan keli anda.
2. Mungkin sebab juga air dalam kolam anda bersih sangat.
3. Mungkin kepadatan faktor lambat besar kerana ruang terhad.
4. Mungkin juga anak benih tapisan ke-3 anda belikan.
5. kurang pengeradan juga salah satu sebab.
edy
edy
Pakar Rujuk KNF

Posts : 3660
Join date : 2009-06-15

http://stedmund-jvsite.forumotion.net/

Back to top Go down

Projek Ikan Keli.... (baik sebagai projek jangka panjang) Empty Re: Projek Ikan Keli.... (baik sebagai projek jangka panjang)

Post by edy Wed Dec 19, 2012 8:56 pm

another tips

untuk nak bagi ikan cepat membesar pastikan kandungan protien makanan ikan biar tinggi,tidak kira kolam jenis apa di gunakan asalkan protien permakanan ikan tinggi.
edy
edy
Pakar Rujuk KNF

Posts : 3660
Join date : 2009-06-15

http://stedmund-jvsite.forumotion.net/

Back to top Go down

Projek Ikan Keli.... (baik sebagai projek jangka panjang) Empty Re: Projek Ikan Keli.... (baik sebagai projek jangka panjang)

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 1 of 2 1, 2  Next

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum