KNP Icon

TAGAL KG.NUNTUNAN
dengan kerjasama JABATAN PERIKANAN SABAH


Anda warga Kg.Nuntunan? Perlu login utk melihat semua topik...

Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 34 on Mon Jun 07, 2010 1:17 pm
Latest topics
» Yang pertama...
by Prisca Thu Sep 24, 2015 10:40 pm

» FIFA 2014
by edy Thu Jul 24, 2014 2:08 pm

» kaamatan 2013?
by Admin Thu Apr 17, 2014 6:53 pm

» Penduduk kg semakin maju
by Admin Tue Apr 15, 2014 9:34 pm

» KEM KESIHATAN UNTUK WARGA KG.NUNTUNAN
by sabtu Sat Apr 12, 2014 7:10 pm

» Barisan AJK JKKK Kg.Nuntunan 2014
by Admin Sat Apr 12, 2014 6:38 pm

» Senarai Koleksi Lagu (lirik)
by Admin Sun Mar 30, 2014 10:59 pm

» JOY Music Centre -Keningau
by edy Fri Feb 07, 2014 4:09 pm

» Aktiviti "org kita" di luar negeri / luar kg nuntunan
by edy Tue Jan 21, 2014 6:15 pm

» Pelawat '3rd tRAINING PROGRAM' -15okt2013
by Admin Mon Dec 09, 2013 5:28 pm

» Tahniah... ClarineSisca Clare Japrin (25sept2013)
by Admin Mon Dec 02, 2013 11:18 am

» Barking at the moon
by Admin Sat Nov 23, 2013 7:58 pm

» UPSR 5A di kg Nuntunan
by Admin Tue Nov 19, 2013 8:24 pm

» Penternakan ikan TALAPIA .. mari bincang
by edy Fri Aug 23, 2013 1:25 pm

» Jangan tebang/musnahkan pokok ini
by Admin Sat Aug 17, 2013 11:21 pm

» Gambar-gambar Tagal
by Admin Tue Aug 06, 2013 2:08 pm

» Rokok elektronik (e-cigarette)
by Admin Fri Jul 19, 2013 10:41 pm

» Post Mortem Kaamatan 2013 Kg.Nuntunan -13julai2013
by Prisca Fri Jul 19, 2013 8:52 pm

» Gambar2 Kaamatan Kg.Nuntunan -22jun2013
by Admin Mon Jul 15, 2013 2:53 pm

» Sumbangan Pesta Menuai 2013
by Admin Fri Jul 12, 2013 10:52 am

KNP Chatbox


Visitors / Pengunjung / Pelawat

60,000 pelajar kita ketagih FB

View previous topic View next topic Go down

60,000 pelajar kita ketagih FB

Post by Admin on Mon Oct 10, 2011 8:52 pm

60,000 pelajar kita ketagih FB
Oleh Norakmah Mat Youb
norakmahbharian.com.my
2011/10/10
Remaja habiskan masa 4 jam sehari layari internet, kerap menipu, antisosial

KUALA LUMPUR: Kira-kira 60,000 pelajar berusia antara 12 hingga 18 tahun di negara ini dikesan menghabiskan sekurang-kurangnya empat jam sehari melayari internet terutama laman sosial Facebook (FB).
Ketagihan terhadap internet terutama FB itu menyebabkan pelajar terbabit kerap menipu, mencuri, antisosial dan berubah menjadi seorang yang pemarah sekiranya keinginan mereka tidak dapat dipenuhi.
Sekiranya ketagihan laman sosial itu tidak diatasi, ia akan menyebabkan pelbagai impak negatif termasuk gejala ponteng sekolah dan perbuatan jenayah serta antisosial. Mohd Fadzil Che Din, Pengarah Institut Sosial Malaysia
Selain itu, golongan itu dikatakan mudah menghidapi penyakit seperti pening, masalah penglihatan dan sakit perut berikutan tindakan mereka mengurangkan masa tidur dan rehat yang mencukupi.

Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM), Prof Madya Dr Mohd Fadzil Che Din, berkata ketagihan remaja melayari laman web itu semakin serius sehingga sanggup bertindak ganas sekiranya dihalang menggunakan kemudahan online.

“Remaja yang ketagih internet itu sanggup ponteng sekolah sekiranya di rumah mereka tiada komputer. Jika duit poket tidak cukup, mereka sanggup mencuri, asalkan dapat mengunjungi siber kafe,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Mohd Fadzil berkata, melayari internet kini menjadi sebahagian kehidupan harian mereka dan sering berasakan seolah-olah hidup sunyi jika tidak berinteraksi dengan rakan FB.
“Mereka berasa lebih selesa dan selamat untuk berkomunikasi melalui internet sekali gus membantutkan perkembangan interaksi terus sesama manusia,” katanya.

Beliau turut tidak menafikan golongan ketagih laman web itu seperti ketagihan dadah yang sukar untuk diubati kerana ia satu cara membantunya bersosial.

Katanya, terdapat juga kes sesetengah golongan muda yang lebih rela berhenti kerja daripada mengurangkan masa mereka dengan melayari laman sosial itu sekiranya diberi pilihan.

“Sekiranya ketagihan laman sosial itu tidak diatasi, ia akan menyebabkan pelbagai impak negatif termasuk gejala ponteng sekolah dan perbuatan jenayah serta antisosial,” katanya.

Pakar Perunding Kanan Psikiatri dan Psikoterapi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Azhar Zain, berkata ketagihan melayari laman sosial boleh menyebabkan keletihan fizikal dan mental yang melampau.

Beliau berkata, ia turut mengganggu jam biologi pelajar sehingga menyebabkan hormon terganggu, sistem ketahanan badan kurang selain memberi kesan kepada mental.

“Apabila masa yang sepatutnya untuk rehat digunakan melayari internet, ia menyebabkan pelajar itu letih fizikal dan mental sekali gus tumpuan belajar berkurangan,” katanya.

Pensyarah Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Mariani Md Nor, berkata tumpuan terlalu lama terhadap internet akan menyebabkan pelajar lebih suka menyendiri.

Beliau berkata, mereka juga bersifat individualistik selain mudah terdorong untuk melayari laman lucah kerana bahan itu mudah didapati dan boleh dimuat turun dengan hanya menggunakan telefon bimbit.

_________________

Admin
Admin

Posts : 4885
Join date : 2009-06-09

View user profile http://nuntunankeningau.forumotion.com

Back to top Go down

Re: 60,000 pelajar kita ketagih FB

Post by sabtu on Thu Oct 13, 2011 8:16 pm

masalah besar ni klu tiada kawalan yg tegas terhadap anak2 kita...

sabtu
Pengunjung Tetap

Posts : 740
Join date : 2010-06-05

View user profile

Back to top Go down

Re: 60,000 pelajar kita ketagih FB

Post by edy on Fri Oct 14, 2011 9:48 am

akan muncul masalah hiliran.... Laughing nampak mcm kes kecil tapi sebenarnya masalah ini adalah masalah besar....

edy
Pakar Rujuk KNF

Posts : 3660
Join date : 2009-06-15

View user profile http://stedmund-jvsite.forumotion.net/

Back to top Go down

Re: 60,000 pelajar kita ketagih FB

Post by Admin on Fri Oct 14, 2011 6:57 pm

betul... masalah yg tdk kelihatan skrng tp menjurus kpd permasalahan besar pd hidup mereka akan dtg... contoh... sepatutnya boleh berjya dlm pelajaran, tp telah tdk berjaya atau berjaya 'sedikit' gara2 ketagihan fb... pd masa2 akan dtg, ia bukan shj memberi kesan pd diri seseorg itu tp juga kpd keluarga jika dia berkahwin... spt tdk cukup duit utk kos2 hidup sb berjaya 'sedikit' shj & kerja tdk sebaik spt yg sepatutnya yg hanya mendpt sedikit upah...

perkara ini sebenarnya ringkas shj... sangat simple... cuma mgkin tdk sampai ke tahap berfikir majoriti org... atau mgkin ketagihan mengatasi fikiran rasional & kesedaran... paling mudah utk ketahui hal ini ialah... mgkin kita pernah terfikir setelah menjadi dewasa & beranak-pinak... "kalaulah dulu masa sekolah saya belajar betul2..."

_________________

Admin
Admin

Posts : 4885
Join date : 2009-06-09

View user profile http://nuntunankeningau.forumotion.com

Back to top Go down

Re: 60,000 pelajar kita ketagih FB

Post by androlo on Fri Nov 04, 2011 11:32 pm

fb ni sbnarnya bkan slah,ada kbaikannya.cuma oleh krana disalah guna mka itulah rmai yg jd frnds badroom ku..:-)

androlo
Pengunjung Senior

Posts : 387
Join date : 2009-08-09
Age : 28
Location : rizop

View user profile

Back to top Go down

Re: 60,000 pelajar kita ketagih FB

Post by Admin on Sat Nov 05, 2011 12:56 am

klu yg sdh dewasa atau berkerjaya mgkin oklah... cuma yg masih belajar, patut tdklah sampai addicted berfb...

_________________

Admin
Admin

Posts : 4885
Join date : 2009-06-09

View user profile http://nuntunankeningau.forumotion.com

Back to top Go down

Re: 60,000 pelajar kita ketagih FB

Post by sabtu on Mon Nov 07, 2011 12:42 pm

org tua pun, kadang2 gila fb juga sya lihat.... inilah kemajuan yg byk pengaruhnya kpd kehidupan harian kita, ianya perlu kawalan utk kebaikan anak2 kita. nnti gila fb pn susah juga tu, klu gila pelajaran lg baik....

sabtu
Pengunjung Tetap

Posts : 740
Join date : 2010-06-05

View user profile

Back to top Go down

Re: 60,000 pelajar kita ketagih FB

Post by Admin on Mon Nov 07, 2011 10:33 pm

pd yg sdh dewasa & yg sdh kerja, mgkin tiada masalahlah... cuma yg masih belajar yg mgkin ada gangguan...

_________________

Admin
Admin

Posts : 4885
Join date : 2009-06-09

View user profile http://nuntunankeningau.forumotion.com

Back to top Go down

Re: 60,000 pelajar kita ketagih FB

Post by edy on Fri Nov 11, 2011 8:11 am

FB ok....

ketagih FB yg inda ok..... Laughing

edy
Pakar Rujuk KNF

Posts : 3660
Join date : 2009-06-15

View user profile http://stedmund-jvsite.forumotion.net/

Back to top Go down

Re: 60,000 pelajar kita ketagih FB

Post by Admin on Fri Nov 11, 2011 2:22 pm

apa2 yg sampai ke tahap ketagih tdk baik... ketagih moginum, ketagih rokok... Very Happy

_________________

Admin
Admin

Posts : 4885
Join date : 2009-06-09

View user profile http://nuntunankeningau.forumotion.com

Back to top Go down

Re: 60,000 pelajar kita ketagih FB

Post by Sponsored content Today at 5:35 pm


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum