KNP Icon

TAGAL KG.NUNTUNAN
dengan kerjasama JABATAN PERIKANAN SABAH


Anda warga Kg.Nuntunan? Perlu login utk melihat semua topik...

Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 34 on Mon Jun 07, 2010 1:17 pm
Latest topics
» Yang pertama...
by Prisca Thu Sep 24, 2015 10:40 pm

» FIFA 2014
by edy Thu Jul 24, 2014 2:08 pm

» kaamatan 2013?
by Admin Thu Apr 17, 2014 6:53 pm

» Penduduk kg semakin maju
by Admin Tue Apr 15, 2014 9:34 pm

» KEM KESIHATAN UNTUK WARGA KG.NUNTUNAN
by sabtu Sat Apr 12, 2014 7:10 pm

» Barisan AJK JKKK Kg.Nuntunan 2014
by Admin Sat Apr 12, 2014 6:38 pm

» Senarai Koleksi Lagu (lirik)
by Admin Sun Mar 30, 2014 10:59 pm

» JOY Music Centre -Keningau
by edy Fri Feb 07, 2014 4:09 pm

» Aktiviti "org kita" di luar negeri / luar kg nuntunan
by edy Tue Jan 21, 2014 6:15 pm

» Pelawat '3rd tRAINING PROGRAM' -15okt2013
by Admin Mon Dec 09, 2013 5:28 pm

» Tahniah... ClarineSisca Clare Japrin (25sept2013)
by Admin Mon Dec 02, 2013 11:18 am

» Barking at the moon
by Admin Sat Nov 23, 2013 7:58 pm

» UPSR 5A di kg Nuntunan
by Admin Tue Nov 19, 2013 8:24 pm

» Penternakan ikan TALAPIA .. mari bincang
by edy Fri Aug 23, 2013 1:25 pm

» Jangan tebang/musnahkan pokok ini
by Admin Sat Aug 17, 2013 11:21 pm

» Gambar-gambar Tagal
by Admin Tue Aug 06, 2013 2:08 pm

» Rokok elektronik (e-cigarette)
by Admin Fri Jul 19, 2013 10:41 pm

» Post Mortem Kaamatan 2013 Kg.Nuntunan -13julai2013
by Prisca Fri Jul 19, 2013 8:52 pm

» Gambar2 Kaamatan Kg.Nuntunan -22jun2013
by Admin Mon Jul 15, 2013 2:53 pm

» Sumbangan Pesta Menuai 2013
by Admin Fri Jul 12, 2013 10:52 am

KNP Chatbox


Visitors / Pengunjung / Pelawat

Pendidikan budak2 di kg kita semakin merosot?

Page 1 of 5 1, 2, 3, 4, 5  Next

View previous topic View next topic Go down

Pendidikan budak2 di kg kita semakin merosot?

Post by Ansis on Sun Jul 04, 2010 2:32 am

terlintas di fikiran saya ttg hal ini... bila tingu budak2 sekolah, terasa tahap pendidikan di kg kita semakin merosot ke belakang.. kenapa tu? adakah kerana kg kita bertambah moden hingga pelajaran spt diabaikan? kelihatan spt tinggal beberapa keluarga shj yg mementingkan pelajaran... ibubapa spt tiada galakan pd anak2 utk maju dlm bidang pendidikan... mmg betul ini adalah urusan keluarga masing2, tp tdk salah juga hal ini dibincangkan bersama...

_________________
I move where my heart takes me. I'm not bound to anything. I run the field. I cross over the mountain tops. I pass through a lot of great places in this immense earth.

Ansis
Pakar Rujuk KNF

Posts : 3220
Join date : 2009-06-15

View user profile

Back to top Go down

Re: Pendidikan budak2 di kg kita semakin merosot?

Post by DD on Sun Jul 04, 2010 10:48 am

Saya pn bersetuju dengan pandangan tuan Ansis. Pada kebelakangan ini, tiada suda kedengaran berita2 atau gosip2 tentang kehebatan sukan, ataupun akademik cemerlang dari anak-anak nuntunan. Apa da jadi? adakah arus moden telah menghanyutkan minat anak2 kg.nuntunan utk memajukan diri dalam akademik dan ko-kurikulum? atau komolohingan lupa da kasi ingat anak2 nuntunan utk memajukan diri dalam kehidupan?!

DD
Pengunjung Junior

Posts : 170
Join date : 2009-12-15
Age : 36
Location : Rizob

View user profile

Back to top Go down

Re: Pendidikan budak2 di kg kita semakin merosot?

Post by edy on Mon Jul 05, 2010 11:22 am

perkara ini agak subjektif... sebabnya "kalau kita mau tengok anak2 kg kita yg merosot, maka itulah yg akan kita nampak"... tapi "kalau kita mahu tengok anak2 kg kita yg berjaya, maka itulah juga yg kita akan nampak".. jadi sebenarnya ia bergantung kepada apa yg kita mau tengok......

perkara ini akan menjadi benar apabila ada statistik atau kajian secara rawak terhadap apa yg berlaku kpada anak2 muda di kg kita.... katalah dlam 50 anak2 org kg kita... berapa org yg lulus cemerlang SPM, berapa org yg lulus cemerlang STPM, berapa org yg outstanding dalam sukan dan sebagainya.. prkara ini perlu statistik (tidak perlu tepat tapi cukup kalau ia ada menunjukkan trend), kalau benar kita merosot maka kita sebagai warga nuntunan tidak boleh berdiam diri... harus ambil tindakan yg perlu untuk memperbetulkan...

saya cuma terfikir... mungkin kita perlu juga melihat "anak2 nuntunan" yg berada di luar nuntunan... anak2 ini lebih ramai dan lebih canggih... cuma dorang balik nuntunan suatu masa nanti inda la kita tahu sebab dorang ni memang anak2 nuntunan tapi tinggal di nuntunan secara jarang2.. dorang ni canggih2.... dan kalau ada usaha2 tuk memanggil dorang ni tuk buat kerja kebajikan akademik di kg kita.. lagi bagus namun perlu dilakukan dengan tip toeing... menarik benang dalam tepung, benang tidak putus, tepung tidak berselerak....

edy
Pakar Rujuk KNF

Posts : 3660
Join date : 2009-06-15

View user profile http://stedmund-jvsite.forumotion.net/

Back to top Go down

Re: Pendidikan budak2 di kg kita semakin merosot?

Post by liau7080 on Wed Jul 07, 2010 9:49 pm

kemajuan dan kemunduran sesebuah kg selalunya sering dikaitkan dengan tahap pencapaian pendidikan di kg tersebut.. malahan ibu bapa kita dahulu sering menasihatkan anak2nya supaya belajar bersungguh-sungguh supaya beroleh kejayaan terutamanya untuk memperolehi pekerjaan di sektor awam..ibu bapa amat puas hati kalau anak2 mereka menjejak kaki ke menara gading..jika kita lihat trend di kg. kita memang tidak dinafikan ramai yang telah berjaya dalam pelajaran..kita "tabik hormat" golongan ini..namun bukan semua yang memperolehi ijazah akan memperolehi pekerjaan berdasarkan pengkhususannya..malah masih ada yang mengganggur sampai sekarang..justeru itu banyak peluang sebenarnya untuk beroleh kejayaan, melalui usaha dan komitmen tanpa memilih pekerjaan tersebut..saya bagi contoh macam diurang c alex Pauline, Binius Ubin dan En. Sando..kejayaan mereka sebenarnya berdasarkan usaha mereka tanpa kenal putus asa,semangat ingin belajar amat tinggi di kalangan mereka..kita lihat mereka adalah sebilangan kecil yang telah berjaya dalam kerjaya mereka..justeru itu mereka adalah "role model" bagi golongan(golongan muda) yang berjaya tanpa pelajaran yang tinggi tapi masih ada "inisiatif" untuk berjaya..TAHNIAH..seluruh warga kg. nuntunan bangga dengan mereka...

liau7080
Moderator
Moderator

Posts : 148
Join date : 2009-06-26
Age : 41
Location : apin2, keningau.

View user profile

Back to top Go down

Re: Pendidikan budak2 di kg kita semakin merosot?

Post by DD on Wed Jul 07, 2010 11:59 pm

betul2...penganggur ijazah memang banyak..belambak2 bukan ja di kg. tapi seluruh malaysia. malah dunia. Sebab tu kita di galakkan lagi menuntut ilmu sampai ke peringat yg setinggi2 nya. hahha...
"Role Model" di kg. memang ada. yang berjaya utk memajukan diri tanpa pendidikan yg tinggi. Ini kerana semangat untuk belajar, untuk berjaya, dan cintakan keluarga mereka. memang respek dengan orang2 mcm ni. apalagi yg anak2 baru yg x mampu sda membaca buku (otak tepu sda, durg bilang) tapi mau belajar hal yg x paya baca, tapi lihat dan praktik.. Jika ini ada alat pengukur, mcm kasi pengiktirafan, saya rasa buli bagi tahap diploma dan ijazah.. Bagi saya, sijil, diploma atau ijazah tu tidak memberi 'cop' istemewa pada sesiapa. yg membuatkan ijazah tu hebat adalah semangat kecintaan ilmu dan pengamalan ilmu tersebut. sama seperti mereka yg x ada cop ijazah. semangat tu sama level. cuma yg pe belajar smpi ijazah ini berhutang dgn PTPTN dan tidak di nafikan pengalaman menimba ilmu tu berbeza.

DD
Pengunjung Junior

Posts : 170
Join date : 2009-12-15
Age : 36
Location : Rizob

View user profile

Back to top Go down

Re: Pendidikan budak2 di kg kita semakin merosot?

Post by Ansis on Thu Jul 08, 2010 1:00 pm

paling senang, cuba fikirkan soalan ini... dgn keadaan & sikap muda-mudi di kg kita skrg, prestasi & semangat dlm pendidikan kita masih boleh dibanggakan atau bgmana? mmg telah ramai yg sekolah tinggi2, masuk U, dpt degree... tp bgmana dgn muda-mudi di kg kita skrg? heheheheee... mgkin ada yg terfikir, buat apa risau, ok juga durang tu, hidup juga durang tu nt, tingulah... bukan risau, bukan rasa sedih, tp setakat perbincangan sj bah... lg pun kita bukan mau tingu durang hidupkah tdk, cuma kalau boleh, hidup ok sikit berbanding sedia ada...

_________________
I move where my heart takes me. I'm not bound to anything. I run the field. I cross over the mountain tops. I pass through a lot of great places in this immense earth.

Ansis
Pakar Rujuk KNF

Posts : 3220
Join date : 2009-06-15

View user profile

Back to top Go down

Re: Pendidikan budak2 di kg kita semakin merosot?

Post by DD on Thu Jul 08, 2010 8:08 pm

Very Happy e2 la bah kan Tuan Ansis. sa pn nak menjurus pada muda mudi dan remaja kita sekarang ini d kg.. hidup tu memang hidup..tapi bak kata pepatah, kais pagi makan pagi. begitu ka yg kita mau? Hidup la bah ok cikit dari yg sekarang ini..

DD
Pengunjung Junior

Posts : 170
Join date : 2009-12-15
Age : 36
Location : Rizob

View user profile

Back to top Go down

Re: Pendidikan budak2 di kg kita semakin merosot?

Post by edy on Fri Jul 09, 2010 9:29 am

seperti yg saya katakan... anak2 dan remaja nuntunan yg berada bersama2 ibubapa di luar nuntunan 80% sebenarnya menonjol dari segi pendidikan.. ini yg kita tidak nampak (kita tidak pasti mereka ni masih berjiwa nuntunan atau tidak...), yg kita nampak adalah remaja2 di kg kita yg 80% tidak memedulikan pendidikan (termasuk ibubapa mereka)... inilah yg dikatakan 80-20 rules, ia berlaku di mana2 so perbincangan kita ini ada kebaikannya supaya para remaja kg kita yg masuk ke dalam forum ini boleh menilai diri sendiri samada tergolong dlm 20% atau 80%

edy
Pakar Rujuk KNF

Posts : 3660
Join date : 2009-06-15

View user profile http://stedmund-jvsite.forumotion.net/

Back to top Go down

Re: Pendidikan budak2 di kg kita semakin merosot?

Post by LEE XIN TONG on Fri Jul 09, 2010 11:28 am

ENTAHLAH..SUSAH JUGA MAU CAKAP BENDA NI, PADA PERHATIAN SAYA MEMANG BETUL RAMAI YANG BOLEH DI KATAKAN BERPENDIDIKAN TINGGI JUGA DI KG KITA TAPI BILAH DAH HABIS BELAJAR, DUDUK MERENGKOT DI KG JA...NAK KATA TUNGGU PELUANG KERJA TP TAKKAN BERTAHUN-TAHUN TAK DAPAT2 JUGA..NAK KATA MEMILIH KERJA...RASANYA BETUL KOT??...TAPI APA CERITA YANG DAH DAPAT TAWARAN KERJA GOV. PUN LARI PG NOREH GETAH GAK??...EHMMM PELIK JUGA...RAMAI YG SETAKAT FORM 5 JA LEVEL OTAK DIA BELAJAR, RAMAI PULA YANG BOLEH DI KATAKAN BEKERJA DAN BERPENDAPATAN SENDIRI. TAKLAH HARI2 MINTA MAKAN MAK BAPA. YANG PENTING SEMANGAT TU ADA...KEMAHUAN TU ADA...AIK MEREPEK PULA SIA NI...EHMMMM

LEE XIN TONG
Pengunjung Tetap

Posts : 556
Join date : 2009-10-27
Location : LUYANG

View user profile

Back to top Go down

Re: Pendidikan budak2 di kg kita semakin merosot?

Post by Ansis on Sun Jul 11, 2010 5:52 pm

tiada anak2 yg pandai betul berfikir pentingnya pelajaran dan membolehkan mereka belajar sendiri tanpa disuruh... paling penting peranan ibubapa, tp kalau ibubapa sendiri jenis yg tdk minat belajar, mmg anak2 pun tdk akan belajar juga...

_________________
I move where my heart takes me. I'm not bound to anything. I run the field. I cross over the mountain tops. I pass through a lot of great places in this immense earth.

Ansis
Pakar Rujuk KNF

Posts : 3220
Join date : 2009-06-15

View user profile

Back to top Go down

Re: Pendidikan budak2 di kg kita semakin merosot?

Post by edy on Tue Jul 13, 2010 1:45 pm

kalau ada peluang dan ada "mukjizat"... tiada org2 kg kita yg mahu hidup tanpa pelajaran.. kalau boleh semua mau ada pelajaran tinggi2.. tapi perkara ini macam lagu bangau oh bangau ba... (atau dalam org putih... ia dinamakan root cause analysis / fault tree analysis)

budak2... kenapa tak ambil kisah pasal pelajaran...?
sebab mama bapa pun inda kisah...

mama bapa kanapa inda kisah pelajaran anak2...?
pasal ada anak2 yg tinggi pelajaran pun inda meningkat juga...

anak2 yg tinggi pelajaran.... kenapa indada peningkatan..?
sebab yg rendah pelajaran pun inda juga hidup susa sangat...

yg rendah pelajaran... kenapa inda juga hidup susa sangat...?
sebab ada juga kebun mama bapa mo diputung gata...

kebun gata... kenapa kau ada tuk dipotong gata...?
pasal mama bapa yg "apply duulu" maka ada la tanah keluarga...

mama bapa kanapa ada tanah yg jadi tanah keluarga....?
sebab mau juga ada tanah pusaka tuk anak-anak hidup senang siiikit daripada sedia ada...

tanah pusaka ... kenapa kau ada sampai anak2 begantung kepada putung gata tuk cari nafkah....?
macamana aku indada... tu org2 tua yg kasi jadi sia tanah pusaka..

org2 tua... kenapa kasi jadi tanah pusaka... ?
sebab mo kasi senang anak2 di belakang hari...

anak2.. kenapa perlu senang di belakang hari...?
supaya keturunan tidak merempat dan jadi bebanan masyarakat....

hai keturunan... kenapa tidak mau merempat dan jadi bebanan masyarakat..?
supaya nama menjadi baik dan inda kana caci oleh cucu-cicit...

hai nama... kenapa perlu baik sampai inda kana caci oleh cucu cicit..?
supaya senang dapat rekomen bila cari kerja nanti....

hai rekomen... kenapa perlu baik waktu cari kerja...?
supaya senang dapat kerja yg baik...

hai kerja yg baik.. kenapa kau diperlukan...?
supaya ada pendapatan yg baik...

hai pendapatan... kenapa kau perlu baik...?
supaya makan minum dan keperluan hidup teratur..

hai keperluan hidup........ kenapa perlu teratur?
Supaya tiada tekanan hidup...

Hai tekanan hidup....... kenapa kau inda kana perlu?
Supaya hidup sihat......

Hai hidup sihat... kanapa kau diperlukan pula...?
Supaya senang cari nafkah...

Hai nafkah.. kenapa kau di perlukan?
Tuk jadi kesinambungan hidup keluarga.......

Hai kesinambungan hidup keluarga, kenapa kau dipentingkan...?
Bla...bla...bla...

PENDEK KATA... AKAN INDADA KESUDAHANNYA APABILA SENTIASA SAJA ADA TUDINGAN JARI, BAGI SAYA BERPELAJARAN TINGGI ADALAH PILIHAN MASING-MASING. Ada juga ibubapa yg semangat mau kasi pelajaran kepada anak2 tapi tidak juga tu anak menonjol pelajarannya.. so inilah yg dinamakan pilihan. Namun perlu diingat...... banyak keadaan dalam dunia sekarang ini yang memerlukan pelajaran untuk Berjaya samada dari segi kewangan dan pergaulan social....

edy
Pakar Rujuk KNF

Posts : 3660
Join date : 2009-06-15

View user profile http://stedmund-jvsite.forumotion.net/

Back to top Go down

Re: Pendidikan budak2 di kg kita semakin merosot?

Post by DD on Tue Jul 13, 2010 9:26 pm

PILIHAN ada ditangan masing2. pandai2 la pilih mana yg terbaik tuk diri sendiri, sebab kita ja yg tau diri kita sendiri. Ibubapa dan kawan2 juga sedara mara hanya buli sokong, nasihat atau kutuk pun ya..hahah...so pilih2 la untuk kesenangan dan kesinambungan keluarga. Very Happy

DD
Pengunjung Junior

Posts : 170
Join date : 2009-12-15
Age : 36
Location : Rizob

View user profile

Back to top Go down

Re: Pendidikan budak2 di kg kita semakin merosot?

Post by Ansis on Mon Aug 09, 2010 12:29 am

tp yg pasti, budak2 kecil tdk tau apa yg terbaik utk durang... pd durang, keseronokan sj yg dicari... jd kalau ibubapa pun tdk kisah pelajaran anak2, confirm pendidikan anak2 hancur...

_________________
I move where my heart takes me. I'm not bound to anything. I run the field. I cross over the mountain tops. I pass through a lot of great places in this immense earth.

Ansis
Pakar Rujuk KNF

Posts : 3220
Join date : 2009-06-15

View user profile

Back to top Go down

Re: Pendidikan budak2 di kg kita semakin merosot?

Post by androlo on Sun Aug 15, 2010 5:40 pm

tul tu tuan..para ibu2 bapa2 pdai2 la bntuk anak2 ah..heheheh

androlo
Pengunjung Senior

Posts : 387
Join date : 2009-08-09
Age : 28
Location : rizop

View user profile

Back to top Go down

Re: Pendidikan budak2 di kg kita semakin merosot?

Post by Ansis on Sun Aug 15, 2010 10:04 pm

tp terfikir pula saya ada org cakap... kalau semua belajar bagus2, dan dpt kerja bagus2, nt siapa pula yg jd sekuriti guard, tukang paitong, pungut2 sampah, jd geng moginum, potong rumput... itu kawan saya cakaplah...

_________________
I move where my heart takes me. I'm not bound to anything. I run the field. I cross over the mountain tops. I pass through a lot of great places in this immense earth.

Ansis
Pakar Rujuk KNF

Posts : 3220
Join date : 2009-06-15

View user profile

Back to top Go down

Re: Pendidikan budak2 di kg kita semakin merosot?

Post by BERIANDUK on Sun Aug 15, 2010 10:48 pm

haha....buli jga 2 tuan......

BERIANDUK
Pengunjung Tetap

Posts : 617
Join date : 2010-06-21
Age : 31
Location : kota bharu kelate

View user profile

Back to top Go down

Re: Pendidikan budak2 di kg kita semakin merosot?

Post by Ansis on Sun Aug 15, 2010 11:42 pm

jd tdk heran kenapa ramai ibubapa spt tdk berapa ambil peduli pelajaran anak2... rupanya masing2 ada strategi...

_________________
I move where my heart takes me. I'm not bound to anything. I run the field. I cross over the mountain tops. I pass through a lot of great places in this immense earth.

Ansis
Pakar Rujuk KNF

Posts : 3220
Join date : 2009-06-15

View user profile

Back to top Go down

Re: Pendidikan budak2 di kg kita semakin merosot?

Post by DD on Tue Aug 17, 2010 2:09 pm

Hahaha...kalu kita ckp sendiri mo tau, nnt urg cakap kita penting diri sendiri. sendiri ja mo maju nnt urg bilang kn. hahhaha..
Tapi memang susah mo tegur urg ba. lain2 penerimaan. Jadi diharapkan ibubapa masing2 mempunyai perancgan baik punya tuk anak2. Harap2 juga strategi2 yg dipasang tuu semuanya akan berhasil. tidak kesah la sekecil apa pun peranan kita di dunia ni, yg penting ikhlas dan bertanggungjawap 100% pada peranan dan watak tersebut, tatap diri, kg, negeri, negara dan Dunia kita ini akan aman damai. Very Happy

DD
Pengunjung Junior

Posts : 170
Join date : 2009-12-15
Age : 36
Location : Rizob

View user profile

Back to top Go down

Re: Pendidikan budak2 di kg kita semakin merosot?

Post by Ansis on Tue Aug 17, 2010 5:31 pm

betul... setuju betul sama kau dd...

_________________
I move where my heart takes me. I'm not bound to anything. I run the field. I cross over the mountain tops. I pass through a lot of great places in this immense earth.

Ansis
Pakar Rujuk KNF

Posts : 3220
Join date : 2009-06-15

View user profile

Back to top Go down

Re: Pendidikan budak2 di kg kita semakin merosot?

Post by edy on Thu Aug 26, 2010 8:17 am

tapi bagi sya la.... memang merisaukan pula tahap pendidikan di kg kita ketika ini...

edy
Pakar Rujuk KNF

Posts : 3660
Join date : 2009-06-15

View user profile http://stedmund-jvsite.forumotion.net/

Back to top Go down

Re: Pendidikan budak2 di kg kita semakin merosot?

Post by Ansis on Thu Aug 26, 2010 11:29 pm

bayangkan kalau rata2 remaja kg tdk minat belajar... mmg bikin risau... walaupun bukan keluarga sendiri tp bikin risau juga...

_________________
I move where my heart takes me. I'm not bound to anything. I run the field. I cross over the mountain tops. I pass through a lot of great places in this immense earth.

Ansis
Pakar Rujuk KNF

Posts : 3220
Join date : 2009-06-15

View user profile

Back to top Go down

Re: Pendidikan budak2 di kg kita semakin merosot?

Post by BERIANDUK on Sat Aug 28, 2010 3:08 am

memang merisaukan sebab kesan dia pada kampung juga...

BERIANDUK
Pengunjung Tetap

Posts : 617
Join date : 2010-06-21
Age : 31
Location : kota bharu kelate

View user profile

Back to top Go down

Re: Pendidikan budak2 di kg kita semakin merosot?

Post by Ansis on Sat Aug 28, 2010 11:11 pm

tp, mngkin ok sj tu sb ibubapa durang mcm relax sj...

_________________
I move where my heart takes me. I'm not bound to anything. I run the field. I cross over the mountain tops. I pass through a lot of great places in this immense earth.

Ansis
Pakar Rujuk KNF

Posts : 3220
Join date : 2009-06-15

View user profile

Back to top Go down

Re: Pendidikan budak2 di kg kita semakin merosot?

Post by DD on Mon Aug 30, 2010 11:19 pm

hahha...ibubapa durg tlmpau relax pn bikin kita risau jaga o Tuan Ansis. hehe..lainla lau anak cemerlang di sekolah...ini slalu ponteng pun masi relax. entala..mungkin ibubapa tu pn surrender kali.

DD
Pengunjung Junior

Posts : 170
Join date : 2009-12-15
Age : 36
Location : Rizob

View user profile

Back to top Go down

Re: Pendidikan budak2 di kg kita semakin merosot?

Post by Ansis on Wed Sep 01, 2010 9:45 am

kalau ibubapa pun sdh surrender, hahahaa... habislah budak2...

_________________
I move where my heart takes me. I'm not bound to anything. I run the field. I cross over the mountain tops. I pass through a lot of great places in this immense earth.

Ansis
Pakar Rujuk KNF

Posts : 3220
Join date : 2009-06-15

View user profile

Back to top Go down

Re: Pendidikan budak2 di kg kita semakin merosot?

Post by Sponsored content Today at 5:32 pm


Sponsored content


Back to top Go down

Page 1 of 5 1, 2, 3, 4, 5  Next

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum